December 8, 2010
Yang ditunggu2 =)
Salam..Alhamdulillah masih berkesempatan buatku untuk "mengupdatekn" blog ini. Ada ke prktaan mengupdatekn? hehe hentam saje la....
Dedalu Di Hati ditulis oleh Anita Aruszi.. Alhamdulillah hari ni sampai jugak buku novel ni yg aku order dr Kak Anita sebulan yg lalu... Sebulan tau aku tggu buku ni, bukan main lama lagi. Mana taknye penulis tu post gunakan parcel melalui laut..Fuhhh sengsara hati dbuatnya tggu novel ni datang tau! First time aku baca novel ni adalah melaui online dilaman blog Kak Anita sendiri...bermula dari situ la aku tertarik dgn jln cerita novel ni..memang menarik minat aku untuk terus mbaca novel ni.. Sampai ketika nya bila dengar je Kak Nita cakap dia nak bukukan novel ni..aku pun terus order dr Kak Nita sendiri.. maklum la Hantu Novel~ hahaha tak dpt tengok ada novel g bez cikit2 nak beli..ish2 ketagih novel agaknya.
Well sampai saja novel tu kat rumah aku pagi tadi, aku pun apa lagi tersenyum lebar masa nak bukak bungkusan novel ni. Maklumlah..tak sabar nak baca jalan cerita yg tgendala dalam blog Kak Nita sendiri sebabnya novel ni nak dibukukan, so terpaksa la bab2 cerita nya dhentikan =). Setakat ni aku rasa inilah novel ke4 yg paling best antara koleksi2 novel aku rasanya. Yang first bez "PERGILAH AIR MATA", second best "LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU", third tu novel "CINTA KAU DAN AKU, and the fourth was "DEDALU DI HATI".
So aku nak cerita sikit sinopsis novel Dedalu Di Hati kat sini ok?
Novel ni mengisahkan seorang perempuan yang bernama Aliya Murni yang kematian ibubapanya akibat kemalangan jalan raya membesar di rumah anak yatim dengan menerima ikhsan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Daddy. Di tidak pernah kenal siapa lelaki itu. Dia juga tidak pernah tahu rupa lelaki itu. Namun mereka tidak menjadi asing meskipun saling tidak mengenali lantaran YM menjadi rutin harian. Kehadiran pensyarah baru di kampusnya membuatkan dia hampir terlupa pada kewujudan daddy. Sedikit demi sedikit Adam Hazril mula mengambil tempat dihatinya. Kerinduan pada daddy terubat dengan kehadiran lelaki itu.Apa yang tak diduga, kehadiran Adam Hazril dalam hidupnya semakin mendekatkan dirinya dengan daddynya yang misterius. Dia mula mengenali kewujudan Doktor Badrul, Haikal dan Irina dalam hidupnya. Tapi mampukah dia bertahan dengan panahan cinta Adam Hazril apabila ternyata Irina lebih berhak? Mampukah dia berkorban diri semata-mata untuk membalas budi daddynya?
Nak tahu selanjutnya mengenai cerita novel ini belilah menerusi laman blog penulis itu sendiri karana novel ini kau org tak dapat kat pasaran pun.. Rugi tak beli tau..jalan cerita ni mmg bez! Tak taula..kalau stok buku ni masih ada..sebabnya buku ini adalah keluaran penulis itu sendiri. Namun aku kagum dengan penat lelah penulis itu untuk menerbitkan novel dgn sendirinya semata2 mahu menunaikan permintaan pembaca2nya untuk meneruskan novel ini. Syabas di ucapkan kpd penulis! (walaupun penulis tu xdgr kan..hehehe)
Ok peoples..I stop my bebelan here ok? Hope u enjoy my story =)
Labels:
Dear Readers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment